Subscribe:

Pages

Agama



Pengertian Ibadah Puasa




Puasa dalam (Bahasa Arab: صوم) yang boleh diertikan sebagai menahan diri.Dari segi syara' puasa bermaksud (الأمساك) iaitu menahan diri daripada makan atau minum dalam jangka masa yang tertentu.

Puasa juga bermaksud menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuata yang boleh membatalkan puasa,bermula dari terbitnya fajar sehinggalah terbenamnya matahari.Dalam kontek menahan diri ini,bukan sahaja menahan dari lapar dan dahaga sahaja,tetapi,ummat islam juga dikehendaki menahan diri daripada segala perbuatan-perbuatan buruk yang sia-sia,seperti,menipu,mengumpat,mengeluarkan kata-kata buruk,bertengkar,dan banyak lagi yang harus dihindari oleh setiap ummat islam yang berpuasa.

Puasa juga dapat melatih diri kita supaya bersabar,kerana puasa ini akan berjaya dengan sepenuhnya dan mendapat ganjaran daripada Allah sekiranya ummat islam yang berpuasa itu bersabar melakukan ibadah kepada Allah, yang mana semua kita tahu bahawa,bulan puasa ini,Allah menjanjikan ganjaran yang berlipat kali ganda dari bulan-bulan yang lain,dengan syarat seseorang hamba itu haruslah tekun dan sabar serta ikhlas melakukan ibadah itu sepanjang bulan ramadhan.Sifat sabar ini bukan semua orang dapat melakukannya,kerana ia berkaitan dengan iman seseorang yang ikhlas melakukannya,kerana sifat sabar merangkumi aspek yang sangat luas jika saya mengulasnya,kerana sabar ini banyak berkaitan dengan semua jenis perbuatan kita tidak kira perbuatan itu berkaitan dengan Allah ataupun berkaitan dengan manusia itu sendiri.Sekiranya seseorang itu dapat memecahkan sifat sabar dalam dirinya,semua perkara kebaikan yang harus ada pada seseorang dapat diterbitkan.

Alangkah indahnya hidup kita ini sekiranya amalan-amalan yang perlu ada pada bulan ramadhan ini dapat digunakan dan diamalkan oleh setiap individu muslim,kerana manfaatnya teramatlah besar kepada kita selaku seorang muslim yang mendambakan ganjaran yang besar disisi Allah.

Semoga titipan saya yang tidak seberapa ini menjadi wadah perjuangan dan amalan kepada kita, yang dapat diambil oleh setiap dari kita apa yang boleh diambil dari tulisan saya yang tidak seberapa ini.semoga kita semua tergolong dalam golongan orang-orang yang dilimpahkan rahmat oleh Allah tuhan sekelian alam dalam apa jua perbuatan dan perkataan kita seharian..insyaAllah...

selamat menjalani ibadah puasa
_____________________________________________________________________

Kisah di bulan Ramadhan

Assalamualaikum.......


Adakah kita semua tahu bahawa disebalik bulan Ramadhan ini tersirat kisah yang sangat besar kepada islam yang berlaku pada zaman nabi kita Muhammad S.W.T.

Dan adakah kita semua tahu disebalik bulan puasa ini terdapat kisah yang sangat penting kepada agama islam kita ini,kita selama ini hanya mengingati peristiwa-peristiwa yang tidak punyai faedah pun kepada kita dan agama kita,bahkan berlebih-lebih pulak dalam mengingatinya termaksudlah menyambut ulangtahun sejarah itu,tanpa mengira batas-batas sebagai seorang yang beragama islam.

Kisah yang saya maksudkan itu ialah kisah PERANG BADAR,yang sedia maklum bahawa perang badar ini berlaku pada 7 Ramadhan,dua tahun setelah hijrah.Perang badar ini juga merupakan peperangan yang pertama bagi kaum muslim mendapat kemenangan terhadap kaum kafir dan peperangan yang sangat terkenal kerana didalamnya terdapat beberapa kejadian ajaib yang berlaku dalam peperangan tersebut.

Antara yang menarik dan ajaib yang berlaku didalam peperangan ini ialah Rasulullah S.W.T telah memberikan semangat kepada orang muslimin untuk menghadang khalifah suku Quraish yang akan kembali ke Makkah dari negara sham.Ketika itu kaum muslimin hanya keluar seramai 300 lebih sahaja tentera yang mana tidak ada pun niat untuk menghadapi khalifah dagang yang hanya terdiri dari 40 orang lelaki dan tidak berniat untuk menyerang tetapi hanya untuk menunjuk kekuatan terhadap mereka.Khafilah dagang itu lolos, tetapi Abu Sufyan telah menghantar pesan kepada kaumnya suku Quraish untuk datang dan menyelamatkannya. Kaum Quraish maju dengan pasukan besar yang terdiri dari 1000 lelaki, 600 pakaian perang, 100 ekor kuda, dan 700 ekor unta, dan persediaan makanan mewah yang cukup untuk beberapa hari.

Didalam peperangan itu,kafir Quraish ingin sekali menjadikan peperangan tersebut sebagai kemenangan bagi mereka yang akan meletakkan rasa takut di dalam hati seluruh kaum arab pada masa itu.Mereka hendak menghancurkan kaum muslimin dan mendapat keagungan dan kehebatan.Bayangkan,pasukan Muslimin dengan jumlah tentera yang sangat kecil jika dibandingkan dengan kafir Quraish iaitu (termasuk 2 ekor kuda) keluar dengan niat mereka hanya untuk menghadang 40 lelaki yang tidak bersenjata akan tetapi harus menghadapi pasukan yang dipersiapkan dengan baik sekali iaitu (3 kali) dari jumlah mereka.Rasulullah SAW dengan mudah meminta mereka Muslimin untuk perang dan mereka tidak akan menolak, akan tetapi, beliau S.A.W ingin menekankan kepada pengikutnya bahawa mereka harus mempertahankan keyakinan dan keimanan dan untuk menjadi pelajaran bagi kita. Beliau S.A.W mengumpulkan para sahabatnya untuk mengadakan musyawarah. Banyak di antara sahabat Muhajirin yang memberikan usulan, dengan menggunakan kata-kata yang baik untuk menerangkan dedikasi mereka. Tetapi ada seorang sahabat yaitu Miqdad bin Al-Aswad ra., dia berdiri dihadapan mereka yang masih merasa takut dan berkata kepada Rasulullah SAW,

"Ya Rasulullah!, Kami tidak akan mengatakan kepadamu seperti apa yang dikatakan oleh bani Israel kepada Musa (AS), 'Pergilah kamu bersama Tuhanmu, kami duduk (menunggu) di sini'( Dalam surah Al-Maidah). Pergilah bersama dengan keberkatan Allah dan kami akan bersama dengan mu !".
Rasulullah SAW merasa sangat suka, akan tetapi Rasulullah hanya diam, beliau menunggu dan beberapa orang dari sahabat dapat mengetahui keinginan Beliau SAW. Sejauh ini hanya sahabat Muhajirin yang telah menyatakan kesungguhan mereka, akan tetapi Beliau menuggu para sahabat Ansor yang sebagian besar tidak hadir dalam baiah 'Aqaabah untuk turut serta dalam berperang melawan kekuatan musuh bersama-sama Rasulullah SAW di luar kawasan mereka. Maka, pemimpin besar sahabat Ansor, Sa'ad bin Muadh angkat bicara, "Ya Rasulullah (SAW) mungkin yang engkau maksudkan adalah kami". Rasulullah SAW menyetujuinya. S'ad kemudian menyampaikan pidatonya yang sangat indah yang mana dia berkata,

"Wahai utusan Allah, kami telah mempercayai bahwa engkau berkata benar, Kami telah memberikan kepadamu kesetiaan kami untuk mendengar dan taat kepadamu... Demi Allah, Dia yang telah mengutusmu dengan kebenaran, jika engkau memasuki laut, kami akan ikut memasukinya bersamamu dan tidak ada seorangpun dari kami yang akan tertinggal di belakang... Mudah-mudahan Allah akan menunjukkan kepadamu yang mana tindakan kami akan menyukakan mu. Maka Majulah bersama-sama kami, letakkan kepercayaan kami di dalam keberkahan Allah".

Rasulullah sangat menyukai apa yang disampaikan dan kemudian beliau bersabda, "Majulah ke depan dan yakinlah yang Allah telah menjajikan kepadaku satu dari keduanya (khafilah dagang atau perang), dan demi Allah, seolah-olah aku telah dapat melihat pasukan musuh terbaring kalah". Pasukan Muslimin bergerak maju dan kemudian berhenti sejenak di tempat yang berdekatan dengan Badar (tempat paling dekat ke Madinah yang berada di utara Mekkah). Seorang sahabat bernama, Al-Hubab bin Mundhir ra., bertanya kepada Rasulullah SAW, " Apakah Allah mewahyukan kepadamu untuk memilih tempat ini atau ianya strategi perang hasil keputusan musyawarah?". Rasulullah SAW bersabda, "Ini adalah hasil strategi perang dan keputusan musyawarah". Maka Al-Hubab telah mengusulkan kembali kepada Rasulullah SAW agar pasukan Muslimin sebaiknya bermarkas lebih ke selatan tempat yang paling dekat dengan sumber air, kemudian membuat kolam persediaan air untuk mereka dan menghancurkan sumber air yang lain sehingga dapat menghalang orang kafir Quraish dari mendapatkan air. Rasulullah SAW menyetujui usulan tersebut dan melaksanakannya. Kemudian Sa'ad bin Muadh mengusulkan untuk membangun benteng untuk Rasulullah SAW untuk melindungi beliau dan sebagai markas bagi pasukan Muslimin. Rasulullah SAW dan Abu Bakar ra. tinggal di dalam benteng sementara Sa'ad bin Muadh dan sekumpulan lelaki menjaganya.

Rasulullah SAW telah menghabiskan sepanjang-panjang malam dengan berdoa dan beribadah walaupun beliau S.A.W mengetahui bahwa Allah ta'ala telah menjanjikannya kemenangan terhadap kaum muslimin. Ianya melebihi cintanya dan penghambaannya dan penyerahan diri kepada Allah ta'ala dengan ibadah yang Beliau SAW kerjakan. Dan ianya telah dikatakan sebagai bentuk tertinggi dari ibadah yang dikenal sebagai 'ainul yaqiin.

Begitulah serba sedikit sejarah yang saya kira sangat penting kepada kita selaku ummat islam yang cinta dan sayang kepada pengorbanan Nabi kita Muhammad S.W.T dan para sahabat,tanpa pengorbanan mereka islam tidak akan tertegak dibumi Allah ini.Jadi seharusnya kita ini hendaklah mengambil iktibar dan pengajaran dari kisah tersebut,dan seharusnya kita juga,hendaklah tahu serba sedikit peristiwa-peristiwa yang berlaku pada bulan ramadhan ini,supaya kita dapat melakukan ibadah pada bulan ramadhan ini dengan lebih tekun lagi kerana semangat dan intipati yang kita dapat daripada peristiwa-peristiwa ini yang menjadikan islam ini tertegak sehingga kini.

Itulah serba sedikit yang saya dapat kongsikan kepada sahabat-sahabat semua,semoga kisah yang saya kongsikan ini,dapat menjadikan semangat kepada kita semua selaku ummat islam dalam menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan ini..sekian dari saya (haliz syafiq)

sekian......................