Subscribe:

Pages

Thursday, December 29, 2011

Hukum memakai purdah bagi Muslimah



Di dalam Bahasa Arab, purdah disebut sebagai niqab. Menurut Kamus Besar Arab-Melayu Dewan, purdah bermaksud kain penutup muka perempuan. Secara lazimnya, kain tersebut digunakan menutup sebahagian besar kawasan muka sesesorang perempuan itu melainkan matanya sahaja.Memakai purdah ini sebenarnya untuk menutup muka,dan disitu terdapat khilaf dikalangan para ulama' yang berselisihan pendapat dalam kefahaman tentang wajah perempuan itu adalah aurat ataupun tidak dan wajibkah perempuan memakai purdah?.

Sesungguhnya pemakaian purdah oleh para wanita Islam merupakan masalah khilafiyah iaitu sesuatu perkara yang menjadi perselisihan pendapat dan pertikaian di kalangan para ulama. Ulama berselisih pendapat tentang masalah ini sejak dahulu lagi dan perselisihan ini berterusan sehingga sekarang. Punca berlakunya perselisihan adalah kerana dalil-dalil yang berkaitan dengan masalah purdah ini tidak terdapat dalil-dalil yang putus dan jelas. Jadi para ulama menyatakan pendirian mereka berdasarkan pemahaman dan ijtihad masing-masing di dalam memahami nas-nas yang dikemukakan itu. Maka berlakulah di sana khilaf (perbezaan pendapat) di kalangan para ulama di dalam menetapkan hukum memakai purdah terhadap wanita Islam.

 Di zaman ini, di kalangan ulama yang kuat menegaskan wajah wanita adalah `aurat antaranya al-Syeikh Ibn Baz r.h.dalam fatwa-fatwanya yang banyak, juga Dr. Sa`id Ramadhan al-Buthi dalam buku kecilnya
“إلى كل فتاة تؤمن بالله” dan sebelum itu `Abu al-`Ala al-Maududi r.h dalam bukunya al-Hijab.
Sementara yang menyatakan wajah wanita bukan `aurat adalah majoriti ulama semasa, antaranya Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya “النقاب للمرأة المسلمة، بين القول ببدعيته، والقول بوجوبه” Al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani r.h. dalam “جلباب المرأة السلمة في الكتاب والسنة dan selepas itu sebagai jawapan dan tambahan kepada kitab tersebut beliau menulis الرد المفحم. Demikian juga Muhammad al-Ghazali dalam banyak tempat dalam buku-bukunya.
Alasan-alasan yang dibawa oleh jumhur ulama yang menyatakan wajah wanita muslimah bukannya `aurat adalah jelas dan nyata. Antaranya:

Firman Allah dalam Surah al-Nur ayat 31

وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
           
Maksudnya: “Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan (tubuh) mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka”.
Berpandukan ayat ini pihak jumhur berhujah dengan dua perkara:
Pertama: Jumhur menafsirkan maksud: ِإلاّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا (maksudnya: kecuali yang zahir daripadanya) ialah wajah dan tapak tangan. Ini sama seperti yang ditafsirkan oleh Ibn `Abbas, Umm al-Mukminin`Aisyah, `Abdullah bin `Umar, Anas bin Malik, Abu Hurairah, al-Miswar bin Makhramah dan lain-lain. Sesiapa yang inginkan pendetilan mereka boleh melihat kitab-kitab tafsir, hadith dan fiqh ketika para `ulama menghuraikan ayat ini. Al-Syeikh al-Albani r.h. mendetilkan penbincangan ayat tersebut dalam kitabnya الرد المفحم membukti bahawa muka dan tapak tangan bukannya aurat bagi wanita muslimah dan beliau menyenaraikan riwayat para sahabah yang memegang pendapat ini.
Kedua: ayat di atas menyatakan:
وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ (maksudnya) “dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka”.
Allah hanya memerintahkan agar ditutupجيوب iaitu jamak kepada جيب ataupun kita terjemahkan sebagai bahagian dada yang terdedah disebabkan belahan leher baju. Ini bermaksud wanita diperintahkan agar tudung kepala mereka dilabuhkan sehingga menutup bahagian dada yang terdedah kerana belahan leher baju. Ayat ini tidak langsung menyebut agar mereka menutup wajah mereka. Kalaulah wajah itu adalah `aurat, maka sudah pasti ayat ini akan turut memerintahkan agar mereka menutupnya juga.
Oleh itu al-Imam Ibn Hazm al-Andalusi menyebut dalam al-Muhalla: “Ayat adalah dalil bahawa diharuskan membuka wajah, tidak mungkin sama sekali difahami selain dari itu”

Berdasarkan dalil al-Quran al-Karim dari surah al-Nur ayat 31 yang saya kemukakan di atas, sebilangan ulama berpendapat muka dan kedua-dua tangan adalah aurat iaitu dengan maksud mudahnya setiap perempuan Islam mesti memakai purdah. Sebilangan ulama lagi berpendapat muka dan kedua-dua tangan bukan dikategorikan sebagai aurat dan memakai purdah bukanlah suatu yang wajib. Di sini saya bentangkan pandangan mazhab yang menyatakan muka dan tapak angan wanita itu aurat ataupun tidak dan secara ringkas berkenaan aurat perempuan di hadapan bukan mahram bagi memudahkan kita memahami isu ini dengan sempurna.

Jumhur Ulama:Tidak wajib purdah dan mengharuskan pendedahan muka dan kedua-dua tangan di hadapan lelaki asing yang bukan mahram sekiranya aman dari fitnah.

Mazhab Hanafi:Tidak harus lelaki melihat perempuan asing dan merdeka melainkan muka dan kedua-dua tangan sekiranya tidak dibimbangi mendatangkan syahwat. Adapun kedua-dua kaki juga bukan aurat.

Mazhab Maliki:Aurat perempuan merdeka ketika bersama lelaki asing ialah seluruh badan kecuali muka dan kedua-dua tapak tangan sekiranya tidak menimbulkan syahwat.

Mazhab Shafie:Aurat perempuan yang merdeka adalah seluruh badannya melainkan muka dan kedua-dua tapak tangan sekiranya tidak menimbulkan fitnah. Pendapat lain mengatakan seluruh tubuh perempuan adalah aurat termasuk muka dan kedua-dua tangan.

Mazhab Hanbali:Seluruh tubuh perempuan Islam adalah aurat. Pendapat lain mengatakan aurat perempuan di hadapan lelaki asing adalah suluruh tubuh kecuali muka dan kedua-dua tangan sekiranya tidak menimbulkan fitnah.

Kesimpulannya pendapat jumhur ulama yang mengatakan aurat perempuan Islam adalah seluruh tubuh badannya kecuali muka dan kedua-dua tangan selagimana tidak membawa kepada syahwat dan fitnah adalah lebih bertepatan berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan. Pendapat ini ditarjih oleh Syeikh Prof. Dr. Yusof al-Qaradhawi sepertimana yang telah dinyatakan di dalam kitabnya bertajuk al-Niqab Limaraah dengan mengatakan juga memakai purdah tidak diwajibkan.

Disini saya sertakan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Darul Ifta' mesir oleh Dr Ali jum'ah  Muhammad tentang,adakah hukum memakai purdah itu wajib bagi wanita? kerana ada sebahagian ulama' yang mewajibkannya dengan berpegang pada hadis Sayyidah Aisyah radhiyallahu ‘anha, bahawa dia menutup wajahnya ketika sedang melakukan haji dan berpapasan (lalu) dengan rombongan orang asing, sampai rombongan tersebut menjauh.
 Jawapan:
Mufti Agung Prof. Dr. Ali Jum’ah Muhammad:

Pakaian islamik yang diwajibkan ke atas perempuan muslimah adalah semua pakaian yang tidak membentuk lekuk badan (tidak ketat), tidak  jarang, serta menutupi seluruh tubuh, kecuali wajah dan kedua telapak tangan. Tidak ada larangan baginya untuk memakai pakaian yang berwarna dengan syarat tidak menjolok mata, menarik perhatian atau memikat lawan jenis. Bila syarat-syarat ini dapat terealisasi pada suatu jenis pakaian tertentu, maka seorang muslimah boleh memakainya dan menggunakannya untuk berpergian (keluar rumah).
Adapun hukum memakai purdah yang menutup wajah bagi perempuan dan sarung tangan yang menutup kedua telapak tangannya, maka menurut jumhur (majoriti) ulama adalah tidak wajib. Sehingga, seorang muslimah boleh membiarkan wajah dan kedua telapak tangannya terbuka. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT;
“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.” (An-Nûr: 31).
Jumhur ulama dari kalangan sahabat dan para ulama setelah mereka menafsirkan “perhiasan yang biasa nampak” dalam ayat di atas dengan wajah dan telapak tangan. Penafsiran ini diriwayatkan dari Ibnu Abbas, Anas dan Aisyah radhiyallahu ‘anhum.
Jumhur ulama juga berpegang pada ayat:
“Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung (khumur) ke dadanya (juyûb).” (Al-Ahzâb: 59).
Al-Khimâr adalah penutup kepala atau tudung. Sedangkan al-jaib adalah bahagian pakaian yang terbuka di atas dada. Dalam ayat ini, Allah SWT memerintahkan seorang muslimah untuk menutup dadanya dengan tudung. Seandainya menutup wajah merupakan suatu kewajiban, nescaya ayat tersebut juga akan menjelaskannya secara jelas.
Sedangkan dalil dari Sunnah adalah hadis yang diriwayatkan Aisyah R.A, bahawa Asma’  binti Abu Bakar mengunjungi Rasulullah SAW dengan mengenakan pakaian yang tipis. Rasulullah SAW pun berpaling darinya seraya bersabda;
يَا أَسْمَاءُ، إِنَّ الْمَرْأَةَ إِذَا بَلَغَتِ الْمَحِيْضَ لَمْ تَصْلُحْ أَنْ يُرَى مِنْهَا إِلاَّ هَذَا وَهَذَا
“Wahai Asma’ , seorang perempuan jika telah mencapai masa haid, tidak boleh ada yang terlihat darinya selain ini dan ini.” Baginda mengatakan demikian sambil menunjuk wajah dan telapak tangannya. (HR. Abu Dawud).
Dan masih banyak dalil lain yang secara tegas menjelaskan tidak wajibnya menutup wajah dan kedua telapak tangan.
Di lain pihak, ada sebahagian ulama yang berpendapat bahawa seorang muslimah wajib menutup wajahnya. Mereka berpegang pada hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majah dari Aisyah r.a., bahawa dia berkata:
“Rombongan-rombongan haji melintasi kami yang sedang dalam keadaan ihram bersama Rasulullah SAW. Jika salah satu rombongan itu sejajar dengan kami, maka setiap orang dari kami akan menurunkan jilbabnya dari arah kepalanya untuk menutupi wajahnya. Bila mereka telah menjauh dari kami, maka kami membuka wajah kami kembali.”

Hadis ini tidaklah menunjukkan kewajipan menutup wajah bagi perempuan, kerana perbuatan sahabat sama sekali tidak menunjukkan suatu kewajipan. Hadis ini juga tidak menutup kemungkinan dikhususkan untuk para Ummul Mukminin (para isteri Rasulullah SAW), sebagaimana kekhususan larangan menikahi mereka setelah Rasulullah SAW wafat. Di samping itu, sebagaimana diketahui dalam ilmu Usul Fiqh, bahawa peristiwa-peristiwa peribadi yang mempunyai hukum khusus untuknya, jika mengandungi kemungkinan-kemungkinan hukum yang berbeza, maka ia mengandungi makna global (ijmâl), sehingga tidak boleh digunakan sebagai dalil;
(inna waqâi’ al-ahwâl idzâ tatharraqa ilaihâ al-ihtimâl, kasâhâ tsaub al-ijmâl, fa saqatha bihâ al-istidlâl).
أن وقائع الأحوال ، إذا تَطَرَّقَ إليها الاحتمال ، كَسَاها ثَوْبَ الإجمال ، فَسَقط بها الاستدلال
Imam Bukhari, dalam kitab Shahih-nya, meriwayatkan dari Ibnu Umar R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda;
لاَ تَنْتَقِبُ الْمَرْأَةُ اْلمُحْرِمَةُ وَلاَ تَلْبَسُ الْقَفَّازَيْنِ
“Seorang perempuan yang sedang melakukan ihram tidak boleh memakai purdah dan sarung tangan.”
Hadis ini menunjukkan bahawa wajah dan kedua telapak tangan wanita merdeka bukanlah aurat. Bagaimana mungkin keduanya adalah aurat, padahal para ulama telah sepakat atas kewajipan membukanya ketika sedang melakukan solat dan berihram. Kerana sebagaimana yang diketahui, syariat tidak mungkin membolehkan membuka suatu aurat ketika solat, lalu mewajibkan untuk menutupnya ketika berihram. Hal-hal yang dilarang dalam ihram pada asalnya adalah hal-hal yang dibolehkan, misalnya memakai pakaian berjahit, minyak wangi, berburu dan lain-lain. Tidak satu pun dari hal-hal yang dilarang itu awalnya adalah wajib lalu diharamkan kerana ihram.
Kesimpulannya, menutup wajah dan telapak tangan bagi seorang wanita muslimah hukumnya tidaklah wajib, melainkan hanya termasuk dalam wilayah kemampuan. Sehingga jika dia menutup wajah dan kedua telapak tangannya, maka hukumnya dibolehkan. Dan bila dia hanya mengenakan pakaian muslimah sahaja, tanpa menutup wajah dan telapak tangannya, maka dia telah melakukan kewajipan menutup aurat yang telah dipertanggungjawabkan ke atasnya.
wallahua'lam......
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------

Firman Allah dalam Surah al-Ahzab, ayat 52

  لا يَحِلُّ لَكَ النِّسَاءُ مِنْ بَعْدُ وَلا أَنْ تَبَدَّلَ بِهِنَّ مِنْ أَزْوَاجٍ وَلَوْ أَعْجَبَكَ حُسْنُهُنَّ

(maksudnya) “Tidak halal bagimu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang lain sesudah (isteri-isterimu yang ada) itu, dan engkau juga tidak boleh menggantikan mereka dengan isteri-isteri yang baru sekalipun kecantikan mereka mengkagumkanmu, kecuali hamba-hamba perempuan yang engkau miliki. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mengawasi tiap-tiap sesuatu”.
Ayat ini ditujukan kepada Nabi s.a.w.. Daripada ayat ini jelas bahawa para muslimat ketika zaman baginda s.a.w. tidak menutup wajah mereka, jika tidak bagaimana mungkin kecantikan mereka boleh menarik perhatian baginda. Ini tidak mungkin melainkan wajah mereka terbuka dan dapat dilihat.

Jelaslah disini bahawa memakai purdah bukanlah satu perkara yang mesti dibuat oleh kesemua wanita kerana disana terdapat khilaf-khilaf ulama' yang membincangkan tentang aurat wanita itu bukannya mengharamkan purdah mengikut 'uruf dan keadaan wanita itu sendiri,tetapi pada pandangan saya sendiri pakai ataupun tidak,semua itu adalah elok asalkan dapat menjaga aurat yang wajib mereka tutup mengikut kehendak islam kerana memakai purdah pun adalah satu yang indah bagi seorang wanita dalam memelihara dan menjaga maruah sebagai seorang muslimah,dan sekiranya seseorang muslimah itu hendak memakai purdah,hendaklah memastikan,memakai purdah itu adalah kerana Allah bukannya kerana orang lain kerana pemakaian purdah sebenarnya bertujuan untuk menutup pintu fitnah,

Pilihan untuk memakai purdah adalah ditangan anda sendiri sebagai muslimah bukannya kerana ingin dipandang oleh orang lain tetapi kerana ketulusan dan keikhlasan hati dalam mencari redha Allah mengikut waqi' dan 'uruf diempat masing-masing dalam menjaga maruah sebagai seorang muslimah yang sejati..

ALLAH LEBIH MENGETAHUI SEGALA-GALANYA...
wallahua'lam....... 



Friday, November 25, 2011

Kenali Bulan Muharram

Assalamualaikum.......



 

Bulan Muharram merupakan salah satu daripada empat bulan yang diharamkan oleh Allah di dalam bulan-bulan islam iaitu bulan Muharram,dzulhijjah,dzulkaedah dan rajab.Terdapat banyak peristiwa-peristiwa yang besar berlaku keatas nabi terdahulu dalam bulan Muharram dan juga menjadi peristiwa yang besar kepada ahli-ahli kitab seperti yahudi dalam memperingati bulan Muharram ini,jadi jelaslah bulan muharram ini sangat istimewa kepada kita selaku ummat islam.
Diantara peristiwa-peristiwa yang berlaku kepada nabi-nabi ialah seperi,taubat nabi Adam diterima oleh Allah,Nabi Idris diangka ke langit,bahtera nabi Nuh berlabuh setelah peristiwa banjir besar,Nabi Ibrahim dilahirkan,diangkat menjadi Rasul dan diselamatkan dari api raja namrud.dan banyak lagi kisah-kisah besar yang berlaku disebalik bulan Muharram ini..Tentulah peristiwa yang paling besar dalam sejarah Nabi kita Muhammad S.A.W ialah penghijrahan baginda dan para sahabat ke kota madinah,dan juga merupakan titik tolak permulaan perkembangan agama islam dipelusuk dunia sehingga ke hari ini..


Muharram juga ertinya “dilarang”. Sebelum datangnya ajaran islam, bulan Muharram sudah dikenal sebagai bulan suci dan dimuliakan oleh masyarakat Jahiliyah. Pada bulan ini dilarang untuk melakukan hal-hal seperti peperangan dan bentuk persengketaan lainnya.Firman Allah Taala:

A002 

 Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ingat halal membuat sesuka hati mengenai syiar-syiar agama Allah, dan mengenai bulan-bulan yang dihormati, dan mengenai binatang-binatang yang dihadiahkan (ke Makkah untuk korban), dan mengenai kalong-kalong binatang hadiah itu, dan mengenai orang-orang yang menuju ke Baitullah Al-Haraam, yang bertujuan mencari limpah kurnia dari Tuhan mereka (dengan jalan perniagaan) dan mencari keredaanNya (dengan mengerjakan ibadat Haji di Tanah Suci); dan apabila kamu telah selesai dari ihram maka bolehlah kamu berburu. Dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka pernah menghalangi kamu dari masjid Al-Haraam itu - mendorong kamu menceroboh. Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya). (Al-Maaidah 5:2)

Pada 10 Muharram pula terdapat hari yang dinamakan hari Asyura dan disunatkan kepada ummat islam unuk berpuasa pada hari itu,Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh.Sebelum Islam datang, Hari Asyura sudah menjadi hari peringatan dimana beberapa orang Mekkah biasanya melakukan puasa. Ketika Nabi Muhammad melakukan hijrah ke Madinah, ia mengetahui bahawa Yahudi di daerah tersebut berpuasa pada hari Asyura – bisa jadi saat itu merupakan hari besar dan hari bersejarah bagi kaumYahudi yang dikenali sebagai Yom Kippur . Saat itu, Muhammad menyatakan bahwa Muslim dapat berpuasa pada hari-hari itu.Pada hari Asyura juga,masyarakat islam turut percaya akan berlakunya peristiwa-peristiwa besar pada tanggal 10 Muharram itu,diantaranya:
  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan
  • Allah menjadikan 'arash.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Adam a.s dicipta.
  • Diampunkan dosa Nabi Adam a.s setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
  • Nabi Idris a.s diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
  • Diselamatkan Nabi Nuh a.s dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
  • Nabi Ibrahim a.s dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
  • Nabi Ibrahim a.s diselamatkan Allah dari api raja namrud
 dan banyak lagi peristiwa-peristiwa yang berlaku pada hari  tersebut..
Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata: Nabi SAW. bersabda; “Barangsiapa yang berpuasa pada hari Assyuuraa’ yakni 10 Muharram, maka Allah akan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat; dan barangsiapa yang puasa pada hari Assyuuraa’, maka akan diberikan pahala 10, 000 orang Haji dan Umrah, dan 10, 000 orang mati syahid; dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Assyuuraa’, maka Allah akan menaikkan dengan rambut satu darjat. Dan barangsiapa yang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari Assyuuraa’, maka seoleh-oleh memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW. dan mengenyangkan perut mereka”.
Jadi sempena bulan Muharram yang mulia ini yang terdapat banyak pengajaran dan peristiwa yang membuatkan kita lebih ingin mengetahui disebalik bulan muharram ini dan sempena tanggal 10 muharram iaitu pada hari Asyura yang akan menjelma tidak lama lagi dalam bulan Muharram ini,marilah sama-sama kita merebut peluang berpuasa pada hari tersebut kerana terdapat banyak ganjaran yang dijanjikan Allah kepada kita seperti hadih diatas itu tadi..sama-samalah kita mengambil peluang yang ada ini untuk merebut sebnyak yang mungkin ganjaran pahala di bulan Muharram ini yang mana bulan yang besar fadhilatna disisi Allah jika kita memanfaatkannya..InsyaAllah..selamat beramal.....

Sunday, November 20, 2011

Peranan kita sebagai hamba Allah..

Assalamualaikum....
  Apa khabar sahabat semua..semoga dipagi hari yang indah dan nyaman ini,kita semua tergolong dalam golongan orang-orang yang bersyukur diatas nikmat yang paling besar iaitu kita masih lagi dihidupkan dalam nikmat iman dan islam,,,.terdetik dihati saya hari ini untuk menulis satu perkongsian untuk kita semua,semoga apa yang ingin saya sampaikan sebentar lagi,akan memberi manfaat kepada kita semua,,InsyaAllah.....

sahabat sekalian,Rasulullah S.A.W pernah bersabda dalam satu hadith,yang mana pada pendapat saya,sekiranya kita lihat,kita perhati,dan kita tadabbur hadith ini,saya rasa hadith ini mampu menggoncangkan jiwa-jiwa kita sebagai seorang muslim,
Rasulullah bersabda yang kesimpulannya bermaksud :"Tidak akan bergerak kaki seorang hamba pada hari qiamat sehinggalah ditanya kepadanya tentang empat perkara,iaitu yang pertama,pada umurnya itu,dimanakah dia perhabiskan,yang kedua,pada masa mudanya,dimanakah dia habiskan masa mudanya,yang ketiga,akan hartanya itu,darimanakah diperolehi dan kemanakah diperhabiskan,dan yang terakhir,keempat,akan ilmunya itu,apa yang dia buat dengan ilmunya itu"..itulah sedikit huraian hadith yang saya rasa jika kita perhatikan dan amalkan betul-betul,akan menjadikan diri kita ini seorang muslim yang sempurna didunia dan diakhirat..

Dan setiap daripada kita juga patut tanya pada diri masing-masing,apakah yang telah aku lakukan,dan siapkan diri aku ini untuk aku berjumpa dengan Allah S.W.T.seperti firman Allah taala,dalam surah Al-Mulk:

A002
bermaksud: Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); (Al-Mulk 67:2)

 Allah S.W.T,telah memaparkan kepada kita didalam kitabNya,yang mana Allah akan menguji kita,melihat kita,sejauh mana prestasi kia dimuka bumi Allah ini.Apakah yang kita akan persembahkan dihadapan Allah nanti ,bukti bahawa kita telah benar-benar menjadi hamba kepada Allah S.W.T.Adakah kita selama ini sibuk dengan mengejar kehidupan dan kemewahan dunia,adakah kita mahu membangga-banggakan nama kita,supaya dipuji-puji,diangkat-angkat oleh orang ramai,ataupun mahukan harta yang banyak,adkah itu yang kita cari-carikan selama ini,,,sedangkan Allah juga telah berfirman didalam surah Al-Hadid :


A020

Bermaksud:Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (Al-Hadiid 57:20)

 Jadi tanyalah diri kita semua,saya sendiri khususnya,marilah sama-sama kita renungkan bersama sejenak,memikirkan apa yang kita telah lakukan kepada diri kitta,kepada agama kita (ISLAM),kepada pencipta kita,kepada Nabi kita (MUHAMMAD S.A.W).jadi marilah sama-sama kita tanya diri kita apa yang kita mahu diatas muka bumi Allah ini..

Hadith Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud:"Tiada lagi hijrah selepas pembukaan makkah melainkan jihad dan niat"..jadi kita adalah ummat islam perlu berjihad melawan hawa nafsu kita supaya kita tergolong didalam orang-orang yang diredhai oleh Allah dimuka bumi ini dan juga di akhirat kelak..menyebut pasal jihad ini,kita ini adalah kaum yang dimuliakan oleh Allah dari kaum-kaum yang terdahulu,salah satunya dengan jihad itu sendiri,kebanyakan ummat islam pada zaman ini sangat lemah kerana meninggalkan jihad,jihad ini bukan sahaja jihad berperang dijalan Allah sahaja,akan tetapi jihad yang lain juga seperti,jihad menuntut ilmu dan yang paling besar saya rasa,jihad menundukkan hawa nafsu.Allah ada menyebut dalam surah At-Taubah:

A038

Bermaksud:Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak. (At-Taubah 9:38)

Jelaslah jihad ini satu kefarduan keatas kita ummat islam,untuk kita menegakkan agama islam kita ini dapat tertegak dimuka bumi Allah,dan juga jihad ini juga akan menjamin kita bahagia diakhirat kelak jika kita benar-benar ikhlas kepada Allah dalam setiap kerja laku kita dimuka bumi ini,dan ingat setiap amalan yang baik akan dibalas dengan baik oleh Allah walaupun sebesar zarah sekali pun dan sebaliknya,dan akan dibalas didunia lagi jika kita benar2 yakin akan kekuasaan Allah dan kebesaranNya..amin...semoga apa yang saya sampaikan didalam ruangan yang terhad ini,menjadi manfaat kepada kita semua selaku hamba Allah didunia ini,dan akan dibalas denagn kebaikan oleh Allah atas apa yang kita buat ini kerana Allah..InsyaAllah....
WallahuA'lam......








SENDIRI MENYEPI..



Sendiri Menyepi..
Tenggelam dalam renungan
Ada apa aku seakan kujauh dari ketenangan
perlahan kucari, mengapa diriku hampa…
mungkin ada salah, mungkin ku tersesat,
mungkin dan mungkin lagi…
Oh Tuhan aku merasa
sendiri menyepi
ingin ku menangis, menyesali diri, mengapa terjadi
sampai kapan ku begini
resah tak bertepi
kembalikan aku pada cahayaMu yang sempat menyala
benderang di hidupku..
Perlahan kucari, mengapa diriku hampa
mungkin ada salah mungkin ku tersesat,
mungkin dan mungkin lagi
Oh Tuhan aku merasa..
sendiri menyepi…
Ingin ku menangis, menyesali diri, mengapa terjadi
sampai kapan ku begini
resah tak bertepi
kembalikan aku pada cahayaMu yang sempat menyala
Oh Tuhan aku merasaaaaaaaa……
seeeeendiri….aku merasa sendiri..
sampai kapan begini
resah tiada bertepi…Ooohh..
Kuingin cahyaMu
benderang di hidupku..

DI PERSIMPANGAN


Cukuplah…
kusimpan semua ceritaku
yang dulu
Tentangku…tentang apapun yang membuatku
tiada berarti
Di Persimpangan aku… berdiri membisu
harus kuputuskan
kemanakah ku melangkah…
Jangan lagi
usikku meski aku tak tau
kemana lagi aku berlari
kejar harapan
yang sempat mengelam
biarkanlah
kuhidup dengan nafas yang baru
nafas yang menyimpan kedamaian
di persimpangan
aku berdiri...
Cukup Januari kemarin kutinggalkan
kelamku…
tentangku
dan masa lalu yang membuatku
tiada berarti
ho…ho…ho…

Thursday, October 20, 2011

AYUH WAHAI AZHARI

AYUHLAH WAHAI AZHARI,
SAHUTLAH CABARAN DUNIA,
SEORANG YANG DIGELAR PENYELAMAT UMMAH,
SELAMA INI TELAH MENJADI RUJUKAN DUNIA,
YANG MENCELIKKAN ORANG YANG BUTA,
YANG MENYEDARKAN ORANG YANG TIDUR,
KAULAH PENYELAMAT DUNIA,

TAPI SEKARANG INI,
ADAKAH KAMU TELAH TIADA,
KEMANAKAH KAU MENGHILANG,
MENYEPI TANPA SUARA,
SUARAMU TIDAK LAGI KEDENGARAN,
KATA-KATAMU TIDAK LAGI DIENDAHKAN,
ADAKAH SUARAMU TELAH TIADA,
MEMBISU TANPA KATA,

ADAKAH KATA-KATAMU TIDAK LAGI BERBISA,
MENJADI PEDOMAN SETIAP MANUSIA,
YANG INGIN TAHU HAKIKAT PENCIPTA,
YANG DAHAGAKAN ILMU AGAMA,
YANG TERBIT DARI BUIH-BUIH KATA,
SEORANG YANG BERNAMA AZHARI SEPERTIMU,

SEKARANG INI,
ADAKAH KAU LUPA,
SAAT INI KAMU ADALAH AZHARI,
BANGKITLAH DARI LENAMU,
TANGGUNGJAWABMU AMAT BERAT SEKALI,
MENJADI HARAPAN AGAMA,
MENJADI KUDWAH HASANAH,
DALAM MENYEBAR SYIAR ISLAM KE SELURUH PELUSUK DUNIA,

ADAKAH KAU INGIN LIHAT,
DUNIA INI TIADA CAHAYA,
GELAP BAGAIKAN TIADA MENTARI,
SUNYI TANPA SUARA MEMBASARKAN ILAHI,

ITULAH PERANANMU,
WAHAI AZHARI,
KAU TERBITKANLAH KEMBALI SINAR CAHAYA DI DUNIA INI,
SETELAH SEKIAN LAMA KAMU MENYEPI,
SEPERTI AZHARI DAHULU YANG TELAH HILANG,
SEPERTI DIHIDUPKAN KEMBALI,
BAGAI CENDAWAN TUMBUH SELEPAS HUJAN,

AYUHLAH WAHAI AZHARI,
BANGKIT DAN TERUS BANGKIT,
SEMUA ORANG SEDANG MENANTIMU,
MENCURAH ILMU YANG ADA DIDADAMU,

KAU ADALAH PENYELAMAT,
MUJAHID DUNIA MENENTANG KEJAHILAN,
MERUNTUHKAN KEFASIKAN,
MENYUBURKAN KEBENARAN,
KAU ADALAH AZHARI,
HARUS BANGKIT DARI MIMPI,
SEKIAN LAMA TELAH MENYEPI.
KAULAH AZHARI PENYELAMAT DUNIAWI...


Nukilan buat sahabat yang bergelar azhari,

Daripada:(MUHAMMAD HALIZ SYAFIQ ZAKARIA)
universiti al azhar tanta






SELAMAT KEMBALI KE KULIAH


ASSALAMUALAIKUM.....


Di kesempatan ini,saya ingin mengucapkan selamat kembali ke kuliah untuk sesi pertama pada tahun ini kepada semua sahabat-sahabat yang belajar di UNIVERSITI AL-AZHAR mesir,khususnya sahabat-sahabat di bumi TANTA..semoga pada tahun ini kita lebih bersemangat dengan penuh keazaman dalam menuntut ilmu Allah dibumi Anbia' ini,,bittaufiq wannajah...

SOLAT SELEPAS HAID : PERKARA YG DIPANDANG RINGAN..


Pengetahuan Islam kepada sesiapa yang bernama wanita ISLAM!!!

Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini... Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi?? Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya )

Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ; "adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan: "alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu"

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa... Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur.

Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu..

Dalam BAB TIGA :
" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut : PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.
2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'. " Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)
HURAIAN MASALAH :
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)
2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?
- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.
3. Dalam perkara solat subuh pun sama : -perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.
-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.
-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.
Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!

WALLAHUA'LAM


Friday, September 30, 2011

UJIAN-bala atau rahmat?

Sering kali kita diuji dengan pelbagai ujian,dan ujian itu pada hakikatnya sangat memeritkan kita,kekadang kita lupa bahawa ujian itu adalah rahmat daiNya,mungkin kita terlupa,bahawa Allah masih syangkan kita,dengan memberikan kita ujian,kerana apabila kita diuji,semakin dekatlah kita dengan Allah kerana kita tahu,tiada siapa yang dapat  menolong kita apabila kita ditimpa sesuatu musibah melainkan Allah,tuhan sekelian alam.

Seringkali juga kita mengeluh,bila ditimpa musibah atau masalah,adakah kita ini suka melawan takdir Allah? adakah kita merasakan musibah itu hanya untuk menyusahkan kita?tapi ingatlah musibah itu adalah ujian dari tuhan kita supaya kita kenal akn dirinya,

Ujian juga mematangkan diri kita sebenarnya,inya memberi kita pengalaman yang sangat berharga kerana dengan ujianlah kita dapat membisakan diri kit dengan masalah,sebab itulah orang yang selalu ditimpa masalah atau musibah,mereka tidakmengeluh tetapi redha dengan ketentuan Allah,sebaliknya orang yang tidak pernah menerima musibah atau ditimpa masalah,akan merasakan sangat berat apabila tertimpa keatasnya,kerana tidak biasa dengan ujian seperti itu,bahkan selalu menyalahkan takdir bila terkena..Sebab itulah kita seharusnya menerima dengan redha segala ujian yang menipa keatas kita kerana ujian itu adalah satu didikan Allah keatas hamba-hambanya,supaya hambanya selalu mengingatinya dan selalu dekt kepadanya..

Jika kita lihat,orang-orang yang tidak pernah melalui keadaan seperti itu,sering ditimpa musibah atau sebagainya,,mereka ini jarang memanjatkan syukur kapada Allah kerana mereka lalai dengan kesenangan yang dikurniakan oleh Allah kepadanya,mereka sering lupa kepada Allah,sehinggalah pada suatu ketika,apabila dia diuji oleh allah,barulah mereka sedar akan kekuasaan allah.Sebab itulah,apabila kita sering ditimpa musibah atau masalah,jangan mudah kita mengeluh atau merungut,kerana itu tandanya tuhan sayangkan akan kita,sebab itulh Dia selalu memngingati kita dan menyedarkan kita apabila kita sering dalam kelalaian..

Setiap masalah mesti ada penyelesaiannya,kerana tuhan tidak akan membebankan kita dengan masalah tapa jalan keluarnya,,kerana masalah itu adaah cuma pentarbiahan dariNya kepada hambaNya,jdi kita sebagai orang yang beriman dan bertaqwa kepadanyaNya,haruslah sedar bahawa setiap masalh itu adalah ujian darinya,supaya kita selalu mensyukuri atas nikmatnya sewaktu kita senang,kerana Alah hanya hendak menyedarkan kita sewaktu kita lena dengan habuan dunia yang melalaikan kita,dan apabila kita susah pohonlah kepadanya kerana setiap sesuatu itu datangnya dari Allah,jadi seharusnya kita meminta petolongan dari Allah,dengan itu kita akan selalu dekat dengan Allah,sebab itulah Allah selalu menguji kita supaya kita banyak bergantung kepadanyadan dekat denganNya.

Jika kita lihat,zaman fiRaun,seorang raja yang sangat zalim,bahkan sanggup menggelar dirinya adalah tuhan.Dia tidak pernah diberi musibah atau masalah oleh allah,walaupun dia sangat jahat sehingga mengaku sebagai tuhan,bahkan sakit pun xpernah dialami olehnya,itu kerana bukan tuhan sayng kepadanya,tetapi tuhan sangat benci kepadanya,dengan tidak menurunkan sedikit pun masalah kepadanya,bahkan memberi kemewahan dan menambah keseronokan kepadanya.kenapakah begitu,,ini tak lain dan tak bukan,kerana tuhan tidak ingin dia sedar bahawa ada lagi kuasa besar yang dapat memberikan mudarat kepadanya sehingga diutuskan nabi isa,apabila beliau dan bala tenteranya hanyut ditenggelakan oleh laut merah sewaktu mengejar nabi isa,maka sewaktu itu dia tahu dirinya tidak punya apa-apa,dirinya sendiri pun tidak dapat diselamatkan inikan pula mentadbir alam ini..maka matilah dia didalam kekufuran selama-lamanya.

Jadi iktibarnya adalah,setiap ujian adalah rahmat bukannya bala..terimalah dengan hati yang redha kepada Allah,kerana Allah sedang menguji sejauh mana keimanan kita terhadapNya..jadi terimalah dengan hati yang terbuka,kerana Allah menyayangi kita..WallahuA'lam........

Thursday, September 8, 2011

Tajamnya kata-kata dari pedang

Papatah mengatakan"kerana mulut badan binasa","telajak perahu boleh diundur telajak kata buruk padahnya",itu semua,pepatah yang menerang kepada kita betapa buruknya kesan daripada mulut kita apabila kita tidak pandai menjaga kata-kata sebagai seorang insan.mungkin sesetengah daripada kita tidak menghiraukan apa pepatah yang terkeluar daripada mulut kita,bahkan berbangga dengan apa yang kita ucapkan tanpa menghiraukan apa yang dirasa atau didengar oleh orang lain,kerana kita hanya memikirkan yang kita adalah yang terbaik,maka kata-kata kita pun adalah yang terbaik,walaupun pada hakikatnya perkataan yang terkeluar daripada mulut kita itu walaupun sepatah sahaja,namun jika ianya tidak baik pada pandangan orang lain maka ia adalah suatu kata-kata yang buruk,yang boleh menyebabkan orang lain terguris perasaan dengan perkataan kita.

Tiba-tiba saya terfikir untuk menulis tentang masalah ini kerana saya merasakan terlalu ramai orang kita yang suka menjadikan mulut mereka untuk menjatuhkan orang lain tanpa menghiraukan kesan buruk yang akan berlaku disebabkan perkataan yang keluar dari mulut mereka itu.saya juga terfikir kenapa kita suka mengeluarkan kata-kata yang tidak disukai oleh orang lain sedangkan banyak lagi kata-kata manis yang boleh diucapkan dan yang sedap didengar,tetapi kenapa kita suka mengeluarkan kata-kata sedemikian,seperti mengumpat,mengata,menggelar dan sebagainya,adakah kita suka apabila diri kita diperlakukan sedemikian,jika kita suka orang lain memperlakukan sedemikian kepada kita,mungkin orang itu dah tak siuman atau tak normal,sebab semua orang sukakan keindahan,kecantikan,bahkan dari semua sudut kehidupan seorang manusia pun inginkan yang indah-indah.samalah juga dari sudut pertuturan,jika seseorang itu walaupun pada luarannya nampak elok dari segi rupa tau sebagainya,jika percakapannya buruk maka dia akan dibenci orang,kerana semua orang bencikan  keburukan,samalah dengan kita.


Sesungguhnya kata-kata itu lebih tajamnya dari mata pedang,jika luka kerana pedang,masih boleh sembuh,tetapi jika luka dihati,parutnya susah nk hilang.jadi,sama-sama lah kita menjaga pertuturan kita,kerana itu lebih baik untuk diri kita dan orang disekeliling kita,tanpa ada sembilu yang menyucuk dihati kita sesama manusia,lebih-lebih lagi sesama islam,Nabi kita Muhammad ada bersabda"tidak beriman seseoang itu,sehingga dia kasih dan sayang saudara dia sepertimana dia menyayangi diri mereka sendiri"tidak berimn disini ada ulamak mentafsirkan bukan tidak beriman tetapi tidak sempurna iman..jadi amatlah bertepatan dengan hadith nabi diatas dengan perbincangan kita hari ini,kerana hadith tersebut menerangkan kepada kita betapa saudara itu boleh mempengaruhi iman seseorang itu dengan hanya kita kasih dan sayang sesama saudara kita seperti sayangnya kita seperti diri kita sendiri,jadi jika kita tidak suka orang memperlakukan yang tidak kita sukai begitu jugalah kita seharusnya memperlakukan kepada saudara kita sesama islam ini seperti mengeluarkan kata-kata yang tidak disenangi oleh orang lain.


Jagalah tutur kata kita kerana itu akan disukai oleh orang disekeliling kita.sebab itulah kadang-kadang memang perangai saya atau entah ape ke,saya memang suka diam dari bercakap,jika sahabat ada mengenali diri saya,mereka akan tahu diri saya bagaimana,suka je diam..sampaikan ada kata saya ni sombong,sebab tak banyak bercakap,tapi ketahuilah,saya begitu sebab bukan sombong tepai berhati-hati,saya sebenarnya suka jugak bercakap,tetapi ada masanya say suka diam,kerana saya merasakan jika saya terlalu banyak bercakap,saya khuatir,percakapan saya itu,banyak yang buruk dari kebaikan..kerana kebiasaannya orang yang suka bercakap banyak ni,banyak yang buruk dari baik,jadi sebab itulah saya jadi begitu,bukan saya sombong atau apa-apa.sebaliknya saya ramah dan senag diajak berbual,tetapi saya sangat berjaga-jaga didalam setiap pertuturan saya itu,,itu lah diri saya..




"SETIAP KATA SESEORANG ITU,MELAMBANGKAN PERIBADI SESEORANG ITU"


sedikit perkongsian dari saya,daripada pemerhatian saya terhadap masyarakat sekeliling kita...sama-samalah kita jaga tutur kita,banyakkan senyum kerana senyuman itu sedekah..wassalam,,,.......(^^,)y




Thursday, September 1, 2011

maafkan diriku

Selalu dibenakku memikirkan nasibku yang tidak sepeti mereka-mereka yang lebih baik dari ku dari segi kewangan ini,selalu aku jadi kutukan orang yang tidak memahami keadaanku disini,(mesir) selalu menjadi cemuhan orang,,tidak tau lah kenapa nasib diriku ini menjadi seperti ini,adakah aku bersalah,dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan dari orang lain..adakah aku dipandang hina begitu sekali disebabkan aku tidak berduit seperti mereka..setiap hari ku memikirkan keadaanku disini,aku tidak mahu menyusahkan atau melibatkan sesiapa pun dalam masalahku ini,sebab itu lah aku banyak diam,banyak perhatikan orang lain,yang mewah dalam berbelanja,aku tak mampu seperti mereka,cuma kepada mereka yang masih tidak tahu keadaanku yang sebenar,aku berharap sangat kalian fahami keadaanku disini,bukan niatku menyusahkan kalian denag masalahku sampaikan kalian selau mengutuk aku,mengata aku,sedangkan aku tidak tahu menahu pun apa masalah yang sebenarnya yang sampaikan diriku diperlakukan sedemikian,aku sangat sedar akan diriku ini yang serba kekurangan,tapi aku tidak meminta belas kasihan sedikit pun dari kalian,cuma yang aku inginkan sokongan dan kekuatan dari kalian supaya aku tabah disini mengharungi sisa hidup sebagai azhari di bumi anbiya ini.tidak ku meminta belas simpati kalian,cuma sedikit faham tentang keadaanku disini..selalu diriku memikirkan keadaanku,adakah aku nak mintak tolong dari kawan atau kepada siapakah aku perlu minta tolong..ibu bapaku takmampu beri aku seperti mereka..adakah salah padaku?sebesar manakah silapku pada mereka..disebabkan aku tdak berduit seperti mereka,mereka merasakan beban pada mereka..aku mintak maaf sekirannya aku membawa kesusahan kepada mereka,kerana disebabkan aku ini susah..maafkan aku sekiranya aku berbuat silap dan membebankan kalian diatas kesusahan aku...maafkan aku...

assalamualaikum....

selamat hari raya di perantauan

di kesempatan yang singkat ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya kepada yang mengenal diri ini,,terutamanya kepada keluarga yang berada di kampung (malaysia) semoga hari raya ini meriah tanpa anak ini disisi..tidak lupa juga kepada ahli bait rumah darul nafisah tanta mesir,sahabat-sahabat yang telah lama xbersua,dengan ucapan SELMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.maafkan silap dan salah saya selama kalian semua mengenali diri ini,jika sebelum ini terkasar bahasa,terlanjur bahasa,maafkan saya,kerana saya juga insan yang biasa,tidak terlepas dari salah dan silap...kemaafan dari kalian semualah yang sangat-sangat saya harapkan..kerana diri ini merasakan banyak melakukan salah..maafkan silapku..

     iklas dari sahabatmu di perantauan ( haliz syafiq)   

Monday, August 29, 2011

.:NAJAH IMTIHAN:.

Alhmdulillah,setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah SWT,kerana dengan limpah dan kurnianya,dan rezeki yang diturunkan olehnya kepada hambanya yang serba dhoif ini,dapatlah kali ini saya telah berjaya dalam IMTIHAN pada kali ini..(haha..macam skima syarahan lah plak.

Tanggal 23 hb 8 2011,keputusan mtihanku telah keluar,pada pagi tu,aku tidur jap,biasa lah kat mesir ni,malam-malam xleh nak tidur sangat time-time musim panas cam ni,jadi tidur lah sikit pagi tu,sebelum tu,dah dengar dah,khabar-khabar angin yang result akan keluar hari ni,tapi aku buat tak tau je lah,biasa lah kat mesir ni macam-macam khabar angin selalu terdengar,tapi habuk pun takde,jadi aku tidur lah pagi tu,tapa menghiraukan keputusan keluar ke tak hari tu,tiba-tiba talifon ku berbunyi (ring-ring) rupa-rupanya ahli bait ku yang talifon,dia cakap,"haliz!keputusan dan keluar dah,anta lulus," aku menjawab,,"betul ke? alhamdulillah," tetapi dalam hati macam tak puas hati lagi,nak tengok sendiri plak,aku pun terus siap-siapkan pakaian dan terus ke kuliah tuk tengok keputusan ku itu,setiba disana,ku macam tidak percaya,memang betul aku telah lulus,alhamdulillah,bisik hatiku,aku pun terus pulang kerumah dan terus manalifon malaysia tuk memberitahu kepada keluargaku terutama ummi ku..mereka gembira sekali mendengar keputusan ku itu,mungkin itu berkat doa darinya yang tak pernah jemu mendoakan untuk kejayaan ku disini.walaupun jauh dimata,tetapai doa sentiasa mengiringiku setiap waktu dari seorang ibu yang ku panggil UMMI......

Ku berharap pada diriku sendiri,agar kejayaan ini menjadi semangat keadaku untuk aku lebih lagi berusaha didalam imtihan-imtihan yang akan datang....selepas ini aku berharap keputusan ini dapat terus aku capai selalu pada tahun-tahun yang berikutnya,disamping itu juga,kuberharap doa-doa daripada sahabat- sahabat semua yng membaca blog aku ini,supaya aku sentiasa didalam rahmat Allah dan sentiasa dilimpahkan rezeki olehNya,dan sentiasa najah dalamimtihan di bumi Anbiya' ini......doakan ku disini.................. amin......


sekian dariku,,maassalamah wa ilalliqa'..................assalamualaikum.......................(^^,)y......














Wednesday, August 10, 2011

Kerinduan di perantauan


Di tengah-tengah kesunyian malam,hatiku berbicara keseorangan,mengapakah hati ini selalu terkenangkan malaysia,emm..tak taulah,,nak kata lama dah xbalik,baru je balik ari tu,siap balik free lagi..aku pun keliru gak..haha..ataupun mungkin dah lama tak menyambut ramadhan bersama orang tersayang kot..haaahhh,,,tak tau lah..tak sebena-bena aku teringat malaysia plak,gatal plak tangan aku ni tulis kat sini plak,,rasa nak luahkan kat sini je,sebab nak gitau kat orang pon,malu lah gak kan,"apelah besar-besar pon ingat malaysia lagi,xleh berenggang sikit"..hehe..baik tulis kat sini je,,bleh gak nak luahkan sikit-sikit..kalau kat malaysia ni,tengah bulan puasa-puasa gini best gak.kalau nak ikutkan lauk-lauk tuk berbuka tu,aduhhh la banyak sampai tak habis dimakan,tapi bukan tu yang di ingatkan,tapi memori berbuka bersama keluarga tu yang di ingatkan,kalau kat sini,berbuka ngan kawan je lah,hari-hari aku tengok kawan,kawan plak tengok aku,kata orang kelantan (klipah-klipah) haha,,(badi dok tengok),,(mu tengok aku,aku tengok mu)hahha,,gitu lah suasana kat mesir ni..tapi seronok gak,bila difikirkan balik,,sebab itulah dinamakan kenangan indah,,hihi..kalu aku tak duduk sini ,tak dapat rasa lah aku suasana cam ni.malam ni xtau lah nak sahur ngan apa,lauk xde nak dimasak,roti canai yang aku buat semalam tu je yang ada lagi,,emm,,nampaknya sahur ngan roti canai je lah pagi ni,nak buat cam ne,biasalah dok jauh di perantauan..makan apa saja yang ada,yang penting kenyang..emm,,nape lah mata ku ni,tak mahu tidur lagi,hampir setiap hari cam ni,,tak boleh nak tidor,,mungkin sebab sekarang ni musim panas dan waktu subuh pun awal sangat,jadi susah sikit nak lelapkan mata ni.aikkk,,dah pkul 2 pgi lebih dah,cepat betul masa berlalu,emm,kena g sahur dulu ni,,hehe..nnti ada masa aku tulis lagi..ni pun xrancang pun nak tulis,tapi bosan sangat,tak ada kija ape-apa,jadi tulis lah kejap..emm..oklah ye semua,,aku gi sahur dulu ye,,jumpa lain wakte plak ye..ok,,barakallah fiq...wassalam...

Monday, August 8, 2011

puasa oh puasa...

assalamualaikum...cam ne dengan puasa sahabat2 semua?dah masuk 8 hari dah kita berpuasa ni..penat gak kan..haha..tapi xpe,,hanya sebulan je dalam setahun,masa bulan ni lah kita nak rebut ganjaran yang Allah berikan kepada kita selaku hambanya,,betul x?jadi,,marilah sama-sama kita meningkatkan ketaqwaan kita dan kehambaan kita kepada allah kerana ganjaran pahala dibulan ini sangatlah besar sekali,jangan menyalah ertikan pula ya,bahawa masuk je bulan ramadhan,kena kuat beribadah,tapi bulan-bulan lain slow je.bukan begitu ye,tapi kita mestilah memanfaatkan bulan ramadhan ini sebagai sekolah bagi kita supaya kita dapat belajar dari bulan ramadhan ini.jadi ape yang penting sekali,kita kutiplah apa yang penting sekali yang dapat kita ambil dalam bulan ramadhan ini.selamat berpuasa...

Friday, August 5, 2011

Temankan Kawan

hari ni masih berada di cairo.temankan kawan kat sini yang baru datang dari moroco..rasa rindu plak pada kampung ku kat tanta tu.tapi sebab kawan punya pasal..emm,terpaksalah temankan dia kat sini..bawak dia jalan2 di cairo ni,jadi mushrif plak..hahaha,letih gak la bulan2 puasa gini,tapi xpe,asalkan kwan seronok xpelah,hati kita pon seronok gak..hehee...ps2 nak bawak dia balik tanta plak,hari ahad ni.nak bawak jalan2 kat tanta plak..hehe semoga dia seronok datang kat mesir ni..

Thursday, August 4, 2011

my new blog

this is my first day in the blogging world,,,,,