Subscribe:

Pages

Friday, November 25, 2011

Kenali Bulan Muharram

Assalamualaikum.......



 

Bulan Muharram merupakan salah satu daripada empat bulan yang diharamkan oleh Allah di dalam bulan-bulan islam iaitu bulan Muharram,dzulhijjah,dzulkaedah dan rajab.Terdapat banyak peristiwa-peristiwa yang besar berlaku keatas nabi terdahulu dalam bulan Muharram dan juga menjadi peristiwa yang besar kepada ahli-ahli kitab seperti yahudi dalam memperingati bulan Muharram ini,jadi jelaslah bulan muharram ini sangat istimewa kepada kita selaku ummat islam.
Diantara peristiwa-peristiwa yang berlaku kepada nabi-nabi ialah seperi,taubat nabi Adam diterima oleh Allah,Nabi Idris diangka ke langit,bahtera nabi Nuh berlabuh setelah peristiwa banjir besar,Nabi Ibrahim dilahirkan,diangkat menjadi Rasul dan diselamatkan dari api raja namrud.dan banyak lagi kisah-kisah besar yang berlaku disebalik bulan Muharram ini..Tentulah peristiwa yang paling besar dalam sejarah Nabi kita Muhammad S.A.W ialah penghijrahan baginda dan para sahabat ke kota madinah,dan juga merupakan titik tolak permulaan perkembangan agama islam dipelusuk dunia sehingga ke hari ini..


Muharram juga ertinya “dilarang”. Sebelum datangnya ajaran islam, bulan Muharram sudah dikenal sebagai bulan suci dan dimuliakan oleh masyarakat Jahiliyah. Pada bulan ini dilarang untuk melakukan hal-hal seperti peperangan dan bentuk persengketaan lainnya.Firman Allah Taala:

A002 

 Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ingat halal membuat sesuka hati mengenai syiar-syiar agama Allah, dan mengenai bulan-bulan yang dihormati, dan mengenai binatang-binatang yang dihadiahkan (ke Makkah untuk korban), dan mengenai kalong-kalong binatang hadiah itu, dan mengenai orang-orang yang menuju ke Baitullah Al-Haraam, yang bertujuan mencari limpah kurnia dari Tuhan mereka (dengan jalan perniagaan) dan mencari keredaanNya (dengan mengerjakan ibadat Haji di Tanah Suci); dan apabila kamu telah selesai dari ihram maka bolehlah kamu berburu. Dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka pernah menghalangi kamu dari masjid Al-Haraam itu - mendorong kamu menceroboh. Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya). (Al-Maaidah 5:2)

Pada 10 Muharram pula terdapat hari yang dinamakan hari Asyura dan disunatkan kepada ummat islam unuk berpuasa pada hari itu,Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh.Sebelum Islam datang, Hari Asyura sudah menjadi hari peringatan dimana beberapa orang Mekkah biasanya melakukan puasa. Ketika Nabi Muhammad melakukan hijrah ke Madinah, ia mengetahui bahawa Yahudi di daerah tersebut berpuasa pada hari Asyura – bisa jadi saat itu merupakan hari besar dan hari bersejarah bagi kaumYahudi yang dikenali sebagai Yom Kippur . Saat itu, Muhammad menyatakan bahwa Muslim dapat berpuasa pada hari-hari itu.Pada hari Asyura juga,masyarakat islam turut percaya akan berlakunya peristiwa-peristiwa besar pada tanggal 10 Muharram itu,diantaranya:
  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan
  • Allah menjadikan 'arash.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Adam a.s dicipta.
  • Diampunkan dosa Nabi Adam a.s setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
  • Nabi Idris a.s diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
  • Diselamatkan Nabi Nuh a.s dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
  • Nabi Ibrahim a.s dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
  • Nabi Ibrahim a.s diselamatkan Allah dari api raja namrud
 dan banyak lagi peristiwa-peristiwa yang berlaku pada hari  tersebut..
Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata: Nabi SAW. bersabda; “Barangsiapa yang berpuasa pada hari Assyuuraa’ yakni 10 Muharram, maka Allah akan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat; dan barangsiapa yang puasa pada hari Assyuuraa’, maka akan diberikan pahala 10, 000 orang Haji dan Umrah, dan 10, 000 orang mati syahid; dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Assyuuraa’, maka Allah akan menaikkan dengan rambut satu darjat. Dan barangsiapa yang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari Assyuuraa’, maka seoleh-oleh memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW. dan mengenyangkan perut mereka”.
Jadi sempena bulan Muharram yang mulia ini yang terdapat banyak pengajaran dan peristiwa yang membuatkan kita lebih ingin mengetahui disebalik bulan muharram ini dan sempena tanggal 10 muharram iaitu pada hari Asyura yang akan menjelma tidak lama lagi dalam bulan Muharram ini,marilah sama-sama kita merebut peluang berpuasa pada hari tersebut kerana terdapat banyak ganjaran yang dijanjikan Allah kepada kita seperti hadih diatas itu tadi..sama-samalah kita mengambil peluang yang ada ini untuk merebut sebnyak yang mungkin ganjaran pahala di bulan Muharram ini yang mana bulan yang besar fadhilatna disisi Allah jika kita memanfaatkannya..InsyaAllah..selamat beramal.....

0 comments:

Post a Comment