Subscribe:

Pages

Sunday, November 20, 2011

Peranan kita sebagai hamba Allah..

Assalamualaikum....
  Apa khabar sahabat semua..semoga dipagi hari yang indah dan nyaman ini,kita semua tergolong dalam golongan orang-orang yang bersyukur diatas nikmat yang paling besar iaitu kita masih lagi dihidupkan dalam nikmat iman dan islam,,,.terdetik dihati saya hari ini untuk menulis satu perkongsian untuk kita semua,semoga apa yang ingin saya sampaikan sebentar lagi,akan memberi manfaat kepada kita semua,,InsyaAllah.....

sahabat sekalian,Rasulullah S.A.W pernah bersabda dalam satu hadith,yang mana pada pendapat saya,sekiranya kita lihat,kita perhati,dan kita tadabbur hadith ini,saya rasa hadith ini mampu menggoncangkan jiwa-jiwa kita sebagai seorang muslim,
Rasulullah bersabda yang kesimpulannya bermaksud :"Tidak akan bergerak kaki seorang hamba pada hari qiamat sehinggalah ditanya kepadanya tentang empat perkara,iaitu yang pertama,pada umurnya itu,dimanakah dia perhabiskan,yang kedua,pada masa mudanya,dimanakah dia habiskan masa mudanya,yang ketiga,akan hartanya itu,darimanakah diperolehi dan kemanakah diperhabiskan,dan yang terakhir,keempat,akan ilmunya itu,apa yang dia buat dengan ilmunya itu"..itulah sedikit huraian hadith yang saya rasa jika kita perhatikan dan amalkan betul-betul,akan menjadikan diri kita ini seorang muslim yang sempurna didunia dan diakhirat..

Dan setiap daripada kita juga patut tanya pada diri masing-masing,apakah yang telah aku lakukan,dan siapkan diri aku ini untuk aku berjumpa dengan Allah S.W.T.seperti firman Allah taala,dalam surah Al-Mulk:

A002
bermaksud: Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); (Al-Mulk 67:2)

 Allah S.W.T,telah memaparkan kepada kita didalam kitabNya,yang mana Allah akan menguji kita,melihat kita,sejauh mana prestasi kia dimuka bumi Allah ini.Apakah yang kita akan persembahkan dihadapan Allah nanti ,bukti bahawa kita telah benar-benar menjadi hamba kepada Allah S.W.T.Adakah kita selama ini sibuk dengan mengejar kehidupan dan kemewahan dunia,adakah kita mahu membangga-banggakan nama kita,supaya dipuji-puji,diangkat-angkat oleh orang ramai,ataupun mahukan harta yang banyak,adkah itu yang kita cari-carikan selama ini,,,sedangkan Allah juga telah berfirman didalam surah Al-Hadid :


A020

Bermaksud:Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (Al-Hadiid 57:20)

 Jadi tanyalah diri kita semua,saya sendiri khususnya,marilah sama-sama kita renungkan bersama sejenak,memikirkan apa yang kita telah lakukan kepada diri kitta,kepada agama kita (ISLAM),kepada pencipta kita,kepada Nabi kita (MUHAMMAD S.A.W).jadi marilah sama-sama kita tanya diri kita apa yang kita mahu diatas muka bumi Allah ini..

Hadith Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud:"Tiada lagi hijrah selepas pembukaan makkah melainkan jihad dan niat"..jadi kita adalah ummat islam perlu berjihad melawan hawa nafsu kita supaya kita tergolong didalam orang-orang yang diredhai oleh Allah dimuka bumi ini dan juga di akhirat kelak..menyebut pasal jihad ini,kita ini adalah kaum yang dimuliakan oleh Allah dari kaum-kaum yang terdahulu,salah satunya dengan jihad itu sendiri,kebanyakan ummat islam pada zaman ini sangat lemah kerana meninggalkan jihad,jihad ini bukan sahaja jihad berperang dijalan Allah sahaja,akan tetapi jihad yang lain juga seperti,jihad menuntut ilmu dan yang paling besar saya rasa,jihad menundukkan hawa nafsu.Allah ada menyebut dalam surah At-Taubah:

A038

Bermaksud:Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak. (At-Taubah 9:38)

Jelaslah jihad ini satu kefarduan keatas kita ummat islam,untuk kita menegakkan agama islam kita ini dapat tertegak dimuka bumi Allah,dan juga jihad ini juga akan menjamin kita bahagia diakhirat kelak jika kita benar-benar ikhlas kepada Allah dalam setiap kerja laku kita dimuka bumi ini,dan ingat setiap amalan yang baik akan dibalas dengan baik oleh Allah walaupun sebesar zarah sekali pun dan sebaliknya,dan akan dibalas didunia lagi jika kita benar2 yakin akan kekuasaan Allah dan kebesaranNya..amin...semoga apa yang saya sampaikan didalam ruangan yang terhad ini,menjadi manfaat kepada kita semua selaku hamba Allah didunia ini,dan akan dibalas denagn kebaikan oleh Allah atas apa yang kita buat ini kerana Allah..InsyaAllah....
WallahuA'lam......








SENDIRI MENYEPI..



Sendiri Menyepi..
Tenggelam dalam renungan
Ada apa aku seakan kujauh dari ketenangan
perlahan kucari, mengapa diriku hampa…
mungkin ada salah, mungkin ku tersesat,
mungkin dan mungkin lagi…
Oh Tuhan aku merasa
sendiri menyepi
ingin ku menangis, menyesali diri, mengapa terjadi
sampai kapan ku begini
resah tak bertepi
kembalikan aku pada cahayaMu yang sempat menyala
benderang di hidupku..
Perlahan kucari, mengapa diriku hampa
mungkin ada salah mungkin ku tersesat,
mungkin dan mungkin lagi
Oh Tuhan aku merasa..
sendiri menyepi…
Ingin ku menangis, menyesali diri, mengapa terjadi
sampai kapan ku begini
resah tak bertepi
kembalikan aku pada cahayaMu yang sempat menyala
Oh Tuhan aku merasaaaaaaaa……
seeeeendiri….aku merasa sendiri..
sampai kapan begini
resah tiada bertepi…Ooohh..
Kuingin cahyaMu
benderang di hidupku..

DI PERSIMPANGAN


Cukuplah…
kusimpan semua ceritaku
yang dulu
Tentangku…tentang apapun yang membuatku
tiada berarti
Di Persimpangan aku… berdiri membisu
harus kuputuskan
kemanakah ku melangkah…
Jangan lagi
usikku meski aku tak tau
kemana lagi aku berlari
kejar harapan
yang sempat mengelam
biarkanlah
kuhidup dengan nafas yang baru
nafas yang menyimpan kedamaian
di persimpangan
aku berdiri...
Cukup Januari kemarin kutinggalkan
kelamku…
tentangku
dan masa lalu yang membuatku
tiada berarti
ho…ho…ho…

Thursday, October 20, 2011

AYUH WAHAI AZHARI

AYUHLAH WAHAI AZHARI,
SAHUTLAH CABARAN DUNIA,
SEORANG YANG DIGELAR PENYELAMAT UMMAH,
SELAMA INI TELAH MENJADI RUJUKAN DUNIA,
YANG MENCELIKKAN ORANG YANG BUTA,
YANG MENYEDARKAN ORANG YANG TIDUR,
KAULAH PENYELAMAT DUNIA,

TAPI SEKARANG INI,
ADAKAH KAMU TELAH TIADA,
KEMANAKAH KAU MENGHILANG,
MENYEPI TANPA SUARA,
SUARAMU TIDAK LAGI KEDENGARAN,
KATA-KATAMU TIDAK LAGI DIENDAHKAN,
ADAKAH SUARAMU TELAH TIADA,
MEMBISU TANPA KATA,

ADAKAH KATA-KATAMU TIDAK LAGI BERBISA,
MENJADI PEDOMAN SETIAP MANUSIA,
YANG INGIN TAHU HAKIKAT PENCIPTA,
YANG DAHAGAKAN ILMU AGAMA,
YANG TERBIT DARI BUIH-BUIH KATA,
SEORANG YANG BERNAMA AZHARI SEPERTIMU,

SEKARANG INI,
ADAKAH KAU LUPA,
SAAT INI KAMU ADALAH AZHARI,
BANGKITLAH DARI LENAMU,
TANGGUNGJAWABMU AMAT BERAT SEKALI,
MENJADI HARAPAN AGAMA,
MENJADI KUDWAH HASANAH,
DALAM MENYEBAR SYIAR ISLAM KE SELURUH PELUSUK DUNIA,

ADAKAH KAU INGIN LIHAT,
DUNIA INI TIADA CAHAYA,
GELAP BAGAIKAN TIADA MENTARI,
SUNYI TANPA SUARA MEMBASARKAN ILAHI,

ITULAH PERANANMU,
WAHAI AZHARI,
KAU TERBITKANLAH KEMBALI SINAR CAHAYA DI DUNIA INI,
SETELAH SEKIAN LAMA KAMU MENYEPI,
SEPERTI AZHARI DAHULU YANG TELAH HILANG,
SEPERTI DIHIDUPKAN KEMBALI,
BAGAI CENDAWAN TUMBUH SELEPAS HUJAN,

AYUHLAH WAHAI AZHARI,
BANGKIT DAN TERUS BANGKIT,
SEMUA ORANG SEDANG MENANTIMU,
MENCURAH ILMU YANG ADA DIDADAMU,

KAU ADALAH PENYELAMAT,
MUJAHID DUNIA MENENTANG KEJAHILAN,
MERUNTUHKAN KEFASIKAN,
MENYUBURKAN KEBENARAN,
KAU ADALAH AZHARI,
HARUS BANGKIT DARI MIMPI,
SEKIAN LAMA TELAH MENYEPI.
KAULAH AZHARI PENYELAMAT DUNIAWI...


Nukilan buat sahabat yang bergelar azhari,

Daripada:(MUHAMMAD HALIZ SYAFIQ ZAKARIA)
universiti al azhar tanta






SELAMAT KEMBALI KE KULIAH


ASSALAMUALAIKUM.....


Di kesempatan ini,saya ingin mengucapkan selamat kembali ke kuliah untuk sesi pertama pada tahun ini kepada semua sahabat-sahabat yang belajar di UNIVERSITI AL-AZHAR mesir,khususnya sahabat-sahabat di bumi TANTA..semoga pada tahun ini kita lebih bersemangat dengan penuh keazaman dalam menuntut ilmu Allah dibumi Anbia' ini,,bittaufiq wannajah...

SOLAT SELEPAS HAID : PERKARA YG DIPANDANG RINGAN..


Pengetahuan Islam kepada sesiapa yang bernama wanita ISLAM!!!

Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini... Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi?? Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya )

Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ; "adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan: "alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu"

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa... Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur.

Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu..

Dalam BAB TIGA :
" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut : PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.
2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'. " Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)
HURAIAN MASALAH :
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)
2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?
- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.
3. Dalam perkara solat subuh pun sama : -perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.
-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.
-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.
Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!

WALLAHUA'LAM